Thursday, December 30, 2021

Panduan Program Perantis Guru (PPG)

Life at UPSI

Hai dan assalamualaikum semua! 😍 Kita jumpa sekali lagi di posting yang baru. Kali ini saya ingin menceritakan tentang apa yang saya buat di UPSI. Apakan rutin harian saya dan apa program yang telah saya sertai sepanjang keberadaan saya di UPSI ini? 👀

Pada hari kuliah, saya akan masuk kelas secara online bermula pagi sehinggalah petang. Kadang-kadang ada juga hari yang tiada kelas pada waktu pagi atau pada waktu petang. Dan pada masa yang terluang itu saya akan menyiapkan assignment ataupun hanya berehat. Selepas kelas pagi, saya akan ke kafe untuk membeli sarapan dan makanan tengah hari. Untuk makan malam saya akan ke kafe sekali lagi dalam pukul 6 petang. Pada waktu malam saya hanya berehat ataupun menyiapkan assignment

Pada hujung minggu pula, saya kadang-kadang saya keluar ke Bandar Tanjung Malim untuk mengambil angin. Sekadar ronda-ronda dan mencari barang keperluan. Jika saya tidak keluar ke bandar, saya akan beriadah sambil meronda UPSI. 



Selepas aktiviti riadah di taman riadah UPSI 😆

Selain itu, terdapat juga bebrapa program yang saya sertai di UPSI. Antaranya program kolej, program senamrobik yang saya sendiri yang kendalikan dan juga aktiviti-aktiviti lain.



Poster Program Senamrobik 👍


Bagi program pengajian saya, kami dikehendaki melakukan Program Perantis Guru (PPG). Setakat ini kami hanya melakukan PPG 1 pada semester 2. Program ini bertujuan bagi melatih bakal guru dalam menyesuaikan diri dengan suasana proses PdP yang sebenar. Ia juga bertujuan untuk memberi pengalaman sebenar yang mana boleh membantu bakal guru untuk memahami serba sedikit mengenai dunia pendidikan di sekolah kelak. Di posting seterusnya saya akan sertakan pautan tentang garis panduan PPG ini.



Magnificence of UPSI

Hai dan assalamualaikum semua! Hari ini saya menceritakan serba sedikit mengenai UPSI. Pada posting 'Kenapa UPSI' sebelum ini saya belum lagi menyentuh secara keseluruhan mengenai UPSI. Jadinya pada posting kali ini mari saya kongsikan berkaitan UPSI.

Pertamanya saya ceritakan mengenai latar belakang UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI telah ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 melalui Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 pada tarikh 24 Februari 1997.

UPSI terletak di Tanjung Malim Perak dan mempunyai dua kampus. Kampus lama dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan kampus baru pula dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS). Kampus Sultan Azlan Shah ini terletak di Proton City. Di bawah ini saya sertakan pautan bagi lokasi tepat UPSI.

Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) 👈

Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)  👈

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah, logo, misi dan visi dan lain-lain maklumat mengenai UPSI ini, anda semua boleh tekan pautan di bawah.

Sejarah UPSI 👈

Haa jom pula kita tengok video di bawah ini untuk tahu apa yang ada dekat UPSI.


View daripada atas pun ada! 🙀👍


Oh ya satu lagi saya amatlah sukakan lagu Cemerlang Bersama UPSI. Jom dengar sama-sama! 😁😍




Why UPSI?

Seperti yang telah saya kongsikan di posting pertama, saya merupakan seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mari saya ceritakan sedikit mengenai kenapa UPSI menjadi pilihan untuk saya melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda saya. Boleh katakan sebab mengapa saya memilih UPSI adalah kerana pertama-tamanya cadangan daripada ibu bapa saya sendiri. Mereka juga mempunyai profesion sebagai guru malah kakak saya pun seorang guru di sekolah menengah di Johor. Lagi pula, ibu bapa saya telah meyakinkan saya bahawa profesion sebagai seorang guru ini sedikit sebanyak dapat menjamin masa depan saya. Dan saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh ibu bapa saya kerana saya sendiri melihat bagaimana kehidupan seorang guru ini. Antara sebab lain saya memilih UPSI adalah kerana ramai kawan saya semasa pengajian diploma dulu juga ingin melanjutkan pengajian di UPSI. Jadinya saya merasakan jika kawan saya turut berada di tempat sama, mungkin saya dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan selesa dan supaya tidak ketinggalan dalam sebarang tugasan semester. 

Saya memulakan pengajian saya di UPSI pada bulan Oktober 2020. Hanya sebulan sahaja saya sempat berada di UPSI iaitu pada awal masa mula-mula daftar ke UPSI dan selepas itu diminta balik ke rumah masing-masing dek pandemik Covid-19 ini. Sejak daripada itu sehingga kini saya hanya belajar secara online di rumah dan secara jujurnya bagi saya tidak menjadi satu masalah yang besar kerana setakat ini alhamdulillah saya boleh menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran online ini baik. 

Mungkin ada daripada kalian yang tidak pernah melihat UPSI itu macam mana dan di sini saya akan kongsikan satu video yang mana sedikit sebanyak boleh membantu anda semua dalam menggambarkan UPSI itu macam mana. 


Haa ini lah pintu masuk utama UPSI. Cantikkan? Kongsikan pendapat anda! 🙌😍






Getting To Know Me!

Hai dan assalamualaikum semua. 👋 Saya Najwatul Alya binti Rameli. Saya merupakan pelajar  di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya dilahirkan di Terengganu pada 2 Mei 1999 dan sekarang menetap di Kelantan. Oh ya saya berumur 22 tahun pada tahun ini. Saya merupakan anak yang ketiga daripada 7 adik beradik. Ayah dan ibu saya kedua-duanya merupakan guru di sekolah rendah. Hobi saya ialah mendengar muzik, menonton cerita dan banyak lagi. Itu sahaja sedikit sebanyak mengenai diri saya. Selamat berkenalan! 😉



Sebelum saya melanjutkan pengajian di UPSI, saya telah menghabiskan pengajian diploma di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu dalam tempoh masa 3 tahun. Kadang-kadang bila orang bertanyakan di mana saya belajar dan saya menjawab Darul Quran, mereka benar-benar tidak pernah tahu akan kewujudan Darul Quran ini. 😂 Jadinya saya akan sertakan sekali video tentang Darul Quran.




Panduan Program Perantis Guru (PPG)