Thursday, December 30, 2021

Why UPSI?

Seperti yang telah saya kongsikan di posting pertama, saya merupakan seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mari saya ceritakan sedikit mengenai kenapa UPSI menjadi pilihan untuk saya melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda saya. Boleh katakan sebab mengapa saya memilih UPSI adalah kerana pertama-tamanya cadangan daripada ibu bapa saya sendiri. Mereka juga mempunyai profesion sebagai guru malah kakak saya pun seorang guru di sekolah menengah di Johor. Lagi pula, ibu bapa saya telah meyakinkan saya bahawa profesion sebagai seorang guru ini sedikit sebanyak dapat menjamin masa depan saya. Dan saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh ibu bapa saya kerana saya sendiri melihat bagaimana kehidupan seorang guru ini. Antara sebab lain saya memilih UPSI adalah kerana ramai kawan saya semasa pengajian diploma dulu juga ingin melanjutkan pengajian di UPSI. Jadinya saya merasakan jika kawan saya turut berada di tempat sama, mungkin saya dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan selesa dan supaya tidak ketinggalan dalam sebarang tugasan semester. 

Saya memulakan pengajian saya di UPSI pada bulan Oktober 2020. Hanya sebulan sahaja saya sempat berada di UPSI iaitu pada awal masa mula-mula daftar ke UPSI dan selepas itu diminta balik ke rumah masing-masing dek pandemik Covid-19 ini. Sejak daripada itu sehingga kini saya hanya belajar secara online di rumah dan secara jujurnya bagi saya tidak menjadi satu masalah yang besar kerana setakat ini alhamdulillah saya boleh menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran online ini baik. 

Mungkin ada daripada kalian yang tidak pernah melihat UPSI itu macam mana dan di sini saya akan kongsikan satu video yang mana sedikit sebanyak boleh membantu anda semua dalam menggambarkan UPSI itu macam mana. 


Haa ini lah pintu masuk utama UPSI. Cantikkan? Kongsikan pendapat anda! 🙌😍






No comments:

Post a Comment

Panduan Program Perantis Guru (PPG)